Entry: Ketulusan Hati Saturday, July 04, 2009



Cinta hanya kerdipan mata yang buta

Janji hanya pertuturan lidah yang bernada

Kasih pula begitu mudah dirintih

Dan sayang bisa terbang, hilang dalam kealpaan dunia

Namun kuakui setiaku

Buktinya bukan mudah disaksi

Ikhlasnya bukan mudah diyakini

Yang kupinta

Ikatan suci ini usah dikelar

Kerana kukuhnya tak bisa bergegar

Hadirmu dalam hidupku

Memalit ceria mengendong bahagia

Kerana Agung, tulus dan sucinya kasihku ini

Persis mutiara

Di lautan syurga ciptaan kita

" Ya Allah, kurniakan kepada ku kecintaan kepadaMu kecintaan kepada orang yang mencintaiMu dan kecintaan apa sahaja yang mendekatkan diriku pada kecintaanMu. Jadikanlah zatMu lebih aku cintai daripada air yang dingin "

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments