Hawa,
Andai engkau masih remaja
Jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami
Jadilah isteri yang meringankan beban suamimu
Andai engkau masih ibu
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu
Ingatlah Hawa janji Tuhan kita
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
Kerana khuatir dari mata jatuh ke hati
Maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam
Dan sekaligus disusuli dengan pertemuan
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya,
Serta kemampuannya menggoncang iman lelaki
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita
Melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan
Pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
Kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
Kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita
Yakni sebuah perkahwinan
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
Peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu
Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah
Cintailah kedua ibu bapamu
Kerana kau akan perolehi keredhaan Allah
Cintailah keluargamu
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia
Juga yang menggoncang iman lelaki
Posted at 08:15 am by nur_balqis77
Permalink